Sunday, June 1, 2008

Cameron Highland - Penginapan

Di taman sedia ada beberapa chalet dan homestay.

Marina Chalet diusahakan oleh keluarga Haji Idris bin Osman (Ister dan anak beliau Shamzan). Selepas bergraduat daripada universiti (UPM) Shamzan bekerja dengan Maybank dan kemudian Nestle. Pernah berkhidmat di Medan Indonesia. Sekarang sepenuh masa membantu ayah dan ibu beliau mengusaha kan marina chalet dan beberapa buah chalet dan penginapan lagi di cameron highland.

Satu bilik chalet untuk keluarga dalam sekitar RM140 semalam. Homestay untuk seorang (termasuk sarapan pagi) dalam RM60. Untuk mengetahui harga sebenar mengikut musim cuti, dan bukan cuti kenalah hubungi mereka sendiri.

No 30 Taman Sedia, Tanah Rata.
39000 Cameron Highland Pahang
Tel/fax 05-4911295.

Shamzan - (016) 9720699

Friday, May 4, 2007

Cameron Highland - Penginapan

Selepas siapnya jalan raya dari Simpang Pulai ke Kampung Raja Cameron Highland, banyak sekali pengunjung ke Cameron Highland. Terutamanya pada hari cuti sekolah dan hari minggu.

Tempat penginapan kebanyakannya ada di Brinchang dan di Tanah Rata. Atau di beberapa tempat di antara dua buah bandar di Cameron Highland ini.

Pada hari biasa, bilik hotel boleh didapati serendah RM50 sebilik manakala apartment dalam RM200. Tapi pada musim cuti sekolah atau cuti am harga tempat penginapan boleh naik sehingga tiga kali ganda. Itu pun masih belum kecukupan - Masih sukar untuk mendapatkan nya.

Di bandar Tanah Rata, berhampiran dengan Bangunan May Bank (Di hujung jalan) ada satu guesthouse yang popular dengan pengembara eropah. Guesthouse ini dipunyai oleh seorang doktor di Cameron HIghland dan di seliai oleh seorang keluarga beliau.

Biliknya boleh dianggap bersih, harganya murah, dalam RM30 sebilik (Walau pun masa cuti umum). Walau bagaimana pun bilik air nya di luar bilik, dikongsi oleh semua penghuni. Tetapi banyak dan bersih. Aman, tidak bising, agak jauh dari jalan besar.

Twin pines
No 2, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata Cameron Highland
e-mail: twinpinech@hotmail.com
Tel: (605)-491 2169
Manager: Mr Veloo h/p 013-5028724

Thursday, April 26, 2007

Air terjun sungai congkak

Beberapa hutan lipur di Hulu Langat Selangor. Salah satunya adalah Sungai Congkak. Ikut jalan KL Kajang. Keluar dekat Kajang, ikut arah Dusun Tua. Sungai Congkak terletak dekat Batu 18. Jalan tu akan berakhir di Congkak Park and Resort - Yang terletak di dalam hutan lipur, jabatan hutan. Terdapat beberapa chalet lain, sebelum sampai ke kawasan hutan lipur ni.

Parking di luar kawasan hutan lipur - RM2.00 untuk sebuah kereta.

Masuk ke hutan lipur - RM2.00 untuk orang dewasa. Keadaannya agak bersih. Siap dengan surau. Tandas tidak berapa banyak.

Chalet di dalam hutan lipur (Congkak Park and Resort); yang paling murah RM60 sehari (hari biasa), RM80 sehari (untuk hari cuti). Untuk maksimum empat orang. Dengan kipas siling (Tiada aircond). Blanket tidak dibekalkan.

Untuk penerangan lanjut tel: 03-55132000