Selepas siapnya jalan raya dari Simpang Pulai ke Kampung Raja Cameron Highland, banyak sekali pengunjung ke Cameron Highland. Terutamanya pada hari cuti sekolah dan hari minggu.
Tempat penginapan kebanyakannya ada di Brinchang dan di Tanah Rata. Atau di beberapa tempat di antara dua buah bandar di Cameron Highland ini.
Pada hari biasa, bilik hotel boleh didapati serendah RM50 sebilik manakala apartment dalam RM200. Tapi pada musim cuti sekolah atau cuti am harga tempat penginapan boleh naik sehingga tiga kali ganda. Itu pun masih belum kecukupan - Masih sukar untuk mendapatkan nya.
Di bandar Tanah Rata, berhampiran dengan Bangunan May Bank (Di hujung jalan) ada satu guesthouse yang popular dengan pengembara eropah. Guesthouse ini dipunyai oleh seorang doktor di Cameron HIghland dan di seliai oleh seorang keluarga beliau.
Biliknya boleh dianggap bersih, harganya murah, dalam RM30 sebilik (Walau pun masa cuti umum). Walau bagaimana pun bilik air nya di luar bilik, dikongsi oleh semua penghuni. Tetapi banyak dan bersih. Aman, tidak bising, agak jauh dari jalan besar.
Twin pines
No 2, Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata Cameron Highland
e-mail: twinpinech@hotmail.com
Tel: (605)-491 2169
Manager: Mr Veloo h/p 013-5028724
Friday, May 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment